Instagram

Jumaat, 25 Mac 2011

sepetang di KKSJT.

petang tadi, jam 6.30 petang.
ak n paan keluar menuju asrama perempuan jalan tanduk menaiki motosikal.
jalan agak sesak, jadi paan pun menyelit2lah.
aha, sesampainya di hotel jalan tanduk...
di celah sepohon kayu.
adalah dua org perempuan usher ktorg. di belakangnya Nursyaira Sha'ari, or best known as Riri.. si penunggang utama ak xtau. motor diorg klu xsilap ak honda EX5.
so, si paan ni pun cakaplah.. "diorg xyah r perasan mcm kt skodeng dia je." ak mengiyakan.


syafiq fikri pun sampailah dgn team2 dr Darussyifa'.
sembahyang maghrib bersama2. dari situ ak lihat ad 2 barang utama dibawa:-
1) lada hitam
2) garam kasar

diletakkan garam kasar dan lada hitam, masing2 di dalam baldi yang berlainan. selepas solat maghrib bacaan yaasiin pun dimulakan diselangi dengan solat isyak. selepas solat isyak fikri mengemudikan bacaan ruqyah. ada tiga bahagian ruqyah yang mengandungi ayat2 al-Qur'an dan juga hadith. agak susah kerana baru pertama kali membaca ruqyah, tapi so far ALHAMDULILLAH.. boleh diikut walaupun adakalanya makharij al-huruf lari semasa baca ruqyah.

selepas itu fikri menunjukkan pada sesiapa yg dtg --> mencampurkan lada hitam dgn garam kasar. kami yg dtg masing2 dr KKSJPE (asrama lelaki jalan pantai endah - blok 10) dan KKSLRA (asrama lelaki lorong raja alang - hostel tersempit).

bila masing2 lapar, semua pun makanlah. sebungkus mini nasi lemak dah cukup utk mengalas perut2 yg dah lapar. bila selesai, maka sesi / upacara memagar setiap tingkat pun berjalanlah. caranya berselawat 3 kali, membaca al-Fatihah seterusnya membaca ayat al-Kursiy sambil melempar campuran garam kasar - lada hitam di setiap sudut mengikut arah lawan jam. tanpa henti.

mengapa benda ini dibuat? kerana kes histeria dalam kalangan pelajar perempuan semakin menjadi2 - terutamanya di aras 4 (bilik 410 - 416). ak terdgr dr sumber2 yg bleh dpercayai...

ak dan azharudin ditugaskan utk membaling campuran garam kasar - lada hitam di aras 6, bertemankan seorg JPK KKSJT. kami mulakan dgn bacaan al-Fatihah dan selawat.. semasa ayatul Kursiy dibaca, kami pun melemparkan campuran tersebut. masa tgh melempar, ak rasa pening, kepalaku berat, dan nafas yg tersekat2 semasa membaca ayatul Kursiy. ya ALLAH!!! sebaknya rasa kerana ketika membaca ayat2MU, nafas ak tersekat2. rakanku pula semasa di tingkat 4.. dia nampak semcm kepulan asap. agaknya, tempat tu mmg ada 'tetamu'. Nad and the gang pun ada di aras 4. tp, mereka kat paling hujung.. klu xsilap ak.

selepas ak membaling campuran tu, ak mula berasa murung, memikirkan benda yg ak wat, walaupun hanya sebentar cuma. mungkin side effects je kot. dari situ, ak mengalami satu pengalaman baru.. iaitu teknik rawatan Islam (ruqyah).

jika benda ini dibuat lagi, sudah pasti ak akan ikut sama. ak berasa seronok kerana dapat bersama2 membantu utk menghindarkan masalah histeria - dalam kalangan pelajar perempuan.

Sekian, wassalam.

-nazFIKRI-
Kolej Kediaman Siswi Jalan Tandok (KKSJT)
59100 Bangsar,
Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan

25 Mac 2011
2330 hrs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan