
di kala hatiku lara kini, terukirlah sebuah puisi utk tatapan bloggerwan dan bloggerwati sekalian.
TAJUK PUISI: EPILOG SANG MANTAN
OLEH: nazFIKRI
Aku bangga kerana punya kawan yang membantu
Di kala ku sedih dan pilu
Aku bangga kerana punya teman sebilik
Yang memahami diriku yang seperti ini
Aku bangga kerana aku berada di kampus yang gah namanya
Namanya Universiti Kuala Lumpur
Di situlah aku punya ramai kawan
Yang aku selesa bergaul
Dengan gurau, senda dan tawa
Kadang-kadang menjadi duka
Tapi, aku sedih
Dan kecewa sekali
Kerana bekas teman wanitaku
Yang baru hendak memulakan perhubungan intim
Kini bertunang dengan si arjuna tercinta
Dan juga dia mempermainkan hati
Hati-hati kaum Adam yang lain
Dia di depanku adalah madu yang sungguh manis
Bila di belakangku pula dia adalah racun yang sungguh berbisa
Hai sahabat, beginikah sikap kau denganku?
Tetapi, semuanya tinggal kenangan.
Biarlah semua kenangan terindah kita
Berkubur setakat di sini sahaja.
Dulu aku kau puja, sayang, dan rindu
Kini sekarang aku ditinggalkan
Seperti habis madu, sepah dibuang
Maka, lupakanlah segalanya
Kalau diingati bertambah sakitlah hati ini.
Biarlah semuanya bertitik noktah dan berakhir
Berakhir saja di sini.
Aku sekarang menggagahkan tangan dan kaki
Untuk mencari pekerjaan
Di musim cuti semester nanti.
Bertemu kita lagi di lembaran lain
Sekian dariku
Dan berjumpa lagi.
-nazFIKRI-
UniKL - Dang Wangi - Masjid Jamek - Kuala Lumpur - Kampung Baharu
24 Mac 2011
1707 hrs.
Tweet
hebat!
BalasPadam