Instagram

Isnin, 4 Februari 2013

keadaan di mana aku tersepit.

Semalam. Segalanya bermula untuk projek tahun akhir yang telah lama ditinggalkan.
Perasaanku - malas, baharu sedar, pening, kelam-kabut. Ah, tidak sepatutnya aku menjadi begini!
Tetapi aku cuba dan terus mencuba untuk memperbaiki resolusiku dan juga berusaha lebih gigih.
Aku terpaksa meninggalkan projek tahun akhir pada bulan lepas disebabkan oleh masalah keluarga.
Ayahku jatuh sakit, terlantar di hospital selama tiga minggu disebabkan oleh apendiks akut dan juga sekatan di usus besar.
Aku masih ingat akan saat2 ayahku masuk ke hospital. Tanggal 2 Januari 2013, aku lihat cara ayahku bernafas seakan2 orang nazak. Cara pernafasan ayah ak tidak normal - hanya melalui mulut sahaja. Puas dipujuk, tetapi tidak mahu masuk ke hospital.
Tetapi, selepas ayah ak usai mempersiapkan diri utk ke hospital, ayahku tidak bermaya. Hampir pitam, matanya kelabu. Kami memapah ayah ke ruang tamu. Perasaan sedih dan hiba memenuhi ruang tamu, saat menunggu ambulans mengambil ayahku.
Ikuti sambungan cerita ini kemudian.

WhoAmI - 05/02/2013, 0738 hrs

.:VIDEO ZONE - BAJI : A. I. A. (AYAH IBU ANAK) [2002]:.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan