Instagram

Ahad, 15 April 2012

New car. Not mine.


As salam.
Huh, so many days i've never blogging anything.
So now I'll tell u a story. My friend's a brand new MyVi.

Kawan aku ni masuk pertandingan dr Faber Castell. Modalnya cuma RM6.00 - beli produk FC dan masuk pertandingan.
Syukur, dia mendapat tempat ketiga - sebuah MyVi yg berharga RM44000.00. Minggu lps aku dan dia pergi ke Promacro Sdn Bhd yg terletak di Kg. Raja Uda, Pelabuhan Klang utk membayar deposit yg berjumlah RM1600.00 (insurans, cukai jalan dan nombor plat).
Setelah semuanya selesai, semalam pergi lagi ke tempat yg sama utk mengambil kereta. MyVi 1.3EZ (transmisi automatik).




Sesampainya di sana, usai mengambil kereta lalu terus ke sebuah bengkel kereta utk mengambil nombor plat (utk menghormati permintaan beliau no plat tak boleh disiarkan di sini). Semuanya berjalan lancar, tanpa sebarang masalah.

Kami terus ke Petronas Teluk Gadong, utk mengisi tangki petrol yg benar2 kosong. Tp aku yakin, MyVi baharu ni jimat minyak.

Usai sudah mengisi minyak, kami terus ke Kg. Raja Uda semula utk melakukan test drive. Ak melakukan sekali pusingan, beliau 3 pusingan. Memanglah mula2 berasa janggal, tapi semuanya boleh diatasi tanpa sebarang masalah.



Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Shah Alam utk makan tengahari. Di bandar Klang, trafik sesak teruk. Sempat lg ada kereta ni berhenti kat bahu jalan, anak perempuannya nak buang air. Tak senonoh betul. Berdiri pulak tuh. Detik hati aku, "kejadah apa nih."

Terus saja keluar dr Klang, kami gunakan lebuhraya PLUS ke arah Shah Alam. Sesampainya ke Shah Alam, sesak terus. Kami memutuskan kemudian utk makan tengahari ke Kerinchi (Restoran Amjal). Di Petaling Jaya, kenderaan bergerak perlahan. Almaklumlah hari minggu.



Sesampainya di Restoran Amjal, ak rasa pening semacam. Ap hallah ni. Ah, makan dulu lagi baik.

Sesudah makan, kami ke KKS Jalan Pantai Endah utk solat Zuhur. Kemudian kami teruskan perjalanan ke KL Sentral. Kini bertukar pemandu. Sesampainya di KL Sentral, dia mengambil motosikal dan dia terus ke rumah sewanya di Langkawi Apartment, Setapak.

Ternyata dia sampai terlebih dahulu di sana. Redah kesesakan di Kota Raya... Jalan Genting Klang sgt2 lancar.

Boleh pulak ak matikan enjin dgn gear di posisi D. Panik habis. Nasib baik enjin boleh hidup balik selepas dialihkan ke posisi P. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Langkawi Apartment.

Lepak sekejap, sebab hujan lebat. Usai melepak, dia hantarkan ak ke LRT Taman Melati.. Ak kemudian balik ke rumah. Letih, tapi seronok. What a day.

=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan