Instagram

Jumaat, 12 Ogos 2011

the new semester comes!







assalamu'alaikum pd semua pembaca blog sy. sudah sebulan lebih rasanyer tidak mengemas kini blog ni dek kerana lambakan kerja dan juga sibuk sedikit dgn kerja membaikpulih komputer riba. maklumlah semester lima. dan esok merupakan hari ke 14 kita di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak yg di dalamnya mempunyai rahmat, pengampunan dan seterusnya pembebasan dari seksa api neraka. wal'iyazubillah.



jadilah kt antara org2 yg mendapat pengampunan dr ALLAH S.W.T. jadi, tingkatkan amalan kita.. =)



terlebih dahulu apa kata sy kongsikan pada anda sejak daripada 22 Julai 2011.



1) 22 julai 2011 - hari terakhir saya bekerja di bahagian Group MBS Admin, GELM. kerjanya sangat banyak di hari terakhir sy bekerja di sana. tak tertanggung rasanya. petang itu, pegawai saya memberi hadiah berupa beg dan botol air. walaupun nilainya kecil, tp sy berasa terharu kerana di sana layanan mereka agak baik. tapi hanya segelintir saja yg bersikap demikian.



2) 25 julai 2011 - kelas bermula. tapi dek kerana sakit mata, saya berehat di rumah selama 3 hari. jadual baru yg bermasalah. haaissh. hari selasa xsedap hati, pergi ke kampus jumpa dgn hal ehwal akademik, tetapi gagal menemui penyelesaian. jadi, sy berjumpa dgn koordinator program sy. dia pun mencadangkan sy utk mengambil subjek2 sem 7. (skg berada di sem 5). selesai sudah.. sy ad drop satu subjek.. nak add balik tak boleh.. sehinggalah saya campur tangan di minggu kedua dan ketiga.. akhirnya selesai juga.



3) minggu lepas (selasa) - pertama kali belanja org makan. syukur. ak punya kelapangan seperti ini. orgnyer mesra, selesa dikenali dgn panggilan "Jie". kemudian kak nur, kak hani, kak mun, ika, nad.



4) satu kelas ni (kelas ni pada mulanya ada masalah sikit - tak boleh add due to class full, sehingga sy campur tangan, selesai juga minggu lps. alhamdulillah.) adalah kelas yg paling seronok kerana dpt berkenalan dgn member2 yg baya adik sy. cantik2 je orgnyer. namanyer feeqachan, botet n ann. (bkn nama sebenar). masing2 dr KMPK, foundation CS - UNITEN dan FIST UniKL.



ad satu komen di FB drpd member ak ni ckp "hidup di IPTS ni mengajar kt utk lebih berdikari." ad betulnya. terutama ketika ak FYP nnt. mcm manalah kan.



5) banyak duit ak habis utk upgrade laptop. dekat2 rm400. mana tidaknyer - belanja rm 60 utk cooler, rm 250 utk hard disk dan rm 50 utk ram. syukur alhamdulillah, ak rasa laptop ak bleh pakai lama lagi lps ni. dan operasinya pun berada dlm tahap optimum.



6) printer baru. done with registration. HP deskjet 2050 berharga rm 179. semua dlm satu. copier, scanner, printer.



7) apa yg pasti, harus belajar lebih tekun dan gigih! jadi, persiapkan diri utk menghadapi situasi mendatang.



sebelum sy tidur, sy tinggalkan anda dgn dua buah lagu dr aizat dan colbie caillat. assalamu'alaikum dan jumpa anda dgn post2 lain akan dtg. =)



VIDEO ZONE: AIZAT - SUNGAI LUI







VIDEO ZONE: COLBIE CAILLAT - I DO







2 ulasan:

  1. wah..terharu ni..sgt cantik ke??hahabest penulisan abg fikri..huhu=)

    BalasPadam
  2. haah. kan kamu ni feeqachun.. emm.. dah lama menulis blog ni, terasa mcm boring, xtau nak tulis ap2.. =)

    BalasPadam