
Tajuk: Puisi untuk seorang yang bergelar pendidik.
Oleh: Nazfikri
ada seorg insan
yang cukup istimewa di muka bumi ini
terkenal dgn sifat baik budi dan lembut hati
mendidik anak bangsa
mencorak masa depan mereka
tanpa mengenal erti lelah dan jemu.
kaulah org yg layak
dipanggil cikgu, guru, pensyarah, tutor
dan lain2 panggilan yang seangkatan dengannya
kaulah guru
menggalas tanggungjawab yang mulia
di sisi ALLAH S.W.T.
mewarisi tugas para nabi dan rasul
utk mendidik masyarakat amnya.
guru
di sinilah bermulanya kami
yang dahagakan ilmu
yang berada di dalam gelap gelita.
guru
kaulah pembawa cahaya
mengajar kami
bermula dari ABC, alif ba ta, one two three atau alif ba ta
membaca, mengeja dan mengira
sehingga kami faham.
guru
kaulah idola kami
nilai2 murni yang engkau terapkan pada kami
tidak akan kami lupakan sepanjang hayat kami
dengan doa yang kau ajarkan
dan juga kelas mengaji al-Qur'an
semoga engkau dirahmati ALLAH hendaknya.
guru
kau sangat berdisiplin
membentuk diri kami turut sama berhemah tinggi
rotan, kayu dan pukulanmu
segala kata-kata amarahmu
tidak dapat kami lupakan
kerana itulah yang membuatkan kami berdisiplin sebenarnya.
guru
tidak dapat tergambarkan pengorbananmu
jerih perih dan kepayahanmu
demi untuk membimbing anak didikmu
sehingga faham isi kandungan pelajaran
yang diajar olehmu.
kini
kami telah menempuh alam kedewasaan
dengan bekalan yang telah kau beri
kepada kami di alam persekolahan
ataupun di institusi pengajian tinggi
membuat kami kuat dan tabah
untuk mengharungi erti hidup yang serba mencabar
pada hari ini.
terima kasih cikgu
atas segala ajaranmu
atas segala tegahanmu
atas segala yang kau berikan.
TERIMA KASIH CIKGU!!!
nazfikri
16052011 - 2201 HRS
VIDEO ZONE: Herman Tino - Derma Bukan Tontonan
Tweet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan